Sunday, May 31, 2009

Duit Punya Pasal

Dunia semakin tua.Manusia semakin rakus.Mengejar kebendaan dan kemewahan hingga sanggup mengenepikan sifat kemanusiaan.Sanggup memperlakukan sesama manusia seperti haiwan.Apa sudah jadi?

Assalammu alaikum dan salam sejahtera,

Tak habis-habis kisah ah long.Pihak polis dan kerajaan sentiasa memberi peringatan kepada orang ramai supaya menjauhi ah long.Bank-bank diarah menyediakan pakej-pakej pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang rendah supaya orang ramai tidak meminjam wang daripada ah long. Tetapi nasihat dan peringatan itu tidak diambil endah.Masih ramai yang terus berurusan dengan ah long.

Kebanyakan memberi alasan sukar mendapat pinjaman bank,tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan bank dan berbagai alasan lagi.Untuk mengatasi masalah ini kerajaan telah mengujudkan berbagai jenis skim pinjaman antaranya skim pinjaman ASB,skim pinjaman perniagaan untuk siswazah,untuk wanita,untuk belia,skim pinjaman pertanian,perumahan dan macam-macam lagi sehingga bila saya amat-amati pihak kerajaan sebenarnya telah menyediakan "syurga" untuk rakyat.Apa yang perlu dibuat hanyalah menghayun langkah yang betul dan membuka pintu "syurga" tersebut.

Kenapa perlu berhutang?

Almarhum ibu saya selalu berpesan "Biarlah kita tiada wang asalkan kita tiada hutang".

Memang adakalanya kita PERLU berhutang,contohnya untuk membeli sebuah rumah.Takkan nak tunggu cukup duit baru beli rumah secara tunai kan? Rasanya agak mustahil juga untuk orang berpendapatan rendah seperti saya untuk membeli rumah atau kereta secara tunai.Apa lagi dizaman ini harga rumah di bandar tak kurang ratusan ribu ringgit,kereta kancil saja pun mencecah puluhan ribu ringgit.Tentulah mengambil masa yang panjang untuk mengumpul wang sebanyak itu.

Maka dalam konteks ini berhutang itu tidak salah.Apa yang penting adalah kebijaksanaan kita dalam mengurus pendapatan dan mengurus hutang.Kata orang tua-tua Ukur baju dibadan sendiri.Bila kita hendak membeli sesuatu pastikan kita mampu dan kita benar-benar perlukan benda itu.Dalam soal membeli rumah misalnya keperluan itu memang ada.Tapi tanyalah dulu diri kita rumah kategori mana yang kita mampu.Janganlah kerana kawan kita duduk rumah banglo mewah kita pun nak duduk rumah banglo mewah juga semata-mata nak jaga status sedangkan kemampuan kita hanya setakat rumah teres.

Kalau kita nak buat pinjaman perniagaan misalnya,pastikan dulu perniagaan jenis apa.Kaji dulu pasaranya dan buat perancangan yang teliti.Mulakan selangkah demi selangkah.Janganlah main terjun saja padahal masih tak tahu berenang dan akhirnya terkapai-kapai.Syukurlah kalau ada yang memberi pertolongan kalau tidak bukankah akan mati kelemasan.

Hasil pengamatan saya sehari-hari kebanyakan orang yang meminjam dengan ah long ini adalah orang-orang yang terlibat dengan perjudian ataupun orang-orang yang berpegang kuat pada pepatah Biar papa asal bergaya.

Si kaki judi biasalah hutang sudah keliling pinggang,anak bini tak makan tapi masih tak serik-serik untuk berjudi."ini last aku main ni lepas ni aku berhentilah,aku rasa nasip aku baik hari ini mesti menang besar punya...." atau "ini nombor cantik punya,kasi pau sama dia mesti ada sangkut punya...." Hakikatnya kantoi....

Seorang rakan saya berkelulusan ijazah jurusan perniagaan,pernah berkhidmat sebagai pegawai perakaunan di sebuah bank terkemuka di bandaraya.Beliau seorang wanita yang cantik bergaya. Bila ditawarkan untuk VSS dia terima dengan hati terbuka malah gembira menerima pampasan hampir RM200,000.00

Beliau mengambil langkah positif dengan menceburkan diri dalam perniagaan restoran.Tahun pertama buka satu buah restoran.Ubahsuai cantik-cantik kelas gitu.Saya pun buka restoran juga 5 tahun lebih awal dari beliau tapi cuma restoran kelas tiga - kedai kopi la tu.Tahun kedua buka satu cawangan restoran kelas gitu.... selang enam bulan buka satu cawangan lagi....dalam masa yang sama beli kereta mewah Ninja King.


Amboi....jealous saya dibuatnya.Mana taknya saya mula-mula berniaga kereta tak ada.Saya jalan kaki ke pasar mujur dekat dengan tempat saya berniaga.Lepas beli barang panggil teksi angkat.Lepas dua tahun baru beli kereta second hand,itu pun ikut tender kereta terpakai yang kerajaan nak dispose.Tahun pertama berniaga saya buka Gerai Nasi Campur.Tahun ketiga baru buka Restoran Kelas Tiga sampaiiii laa nii.....Tahun keempat berniaga barulah dapat beli kereta Brand New tapi Kancil ex850 saja noo....

Tahun ketiga kawan saya buka satu lagi cawangan....amboi amboi tiga tahun meniaga sudah ada empat cawangan...hebat sungguh noo...Satu hari saya jumpa kawan saya dalam bank,dia pun ceritalah bisnes dia meletup-letup..." I terpaksa ambil pekerja dari Indonesia,bayar levi saja I kena bayar imigresen Rm100,000.00 setahun...." Ternganga saya mendengarnya.Tak lama kemudian tup tup meletup saya dengar cerita kawan saya ni kena kejar ah long.Mulanya saya tak percaya.Dia kan pernah kerja bank,kawan lama dia masih ramai dekat bank senang-senang dia boleh pinjam,takkan dia nak pinjam dengan ah long.

Tapi khabar angin dah jadi nyata,dia lari entah kemana,restoran dia pun tutup semua.Sebagai kawan saya harap dia selamatlah.

Wednesday, April 22, 2009

Kenapa Orang Kita sekarang ramai pondan?

Hi salam sahabat untuk semua,

Mungkin anda rasa lucu dengan soalan diatas? Mungkin juga anda berkata " kenapa lah si kyro tanya soalan ini,macam tiada isu lain mau bincang".Memang benar,isu-isu yang terlalu berat dan isu-isu politik tidak akan saya sentuh tapi isu pondan dan tomboi ni perlu disentuh juga.

Setiap hari saya melihat ramai anak-anak remaja kita yang terbalik kot.Yang lelaki nak jadi perempuan manakala yang perempuan nak jadi lelaki....apa hal? Dulu-dulu kita jarang melihat senario ini tapi sekarang sudah jadi lumrah.

Ini statistik yang saya buat sendiri hasil pengamatan harian.Dalam 10 lelaki ada 3 pondan dan dalam 10 perempuan ada 2 tomboi.

Macamana saya buat kira-kira ini? OK saya ada kedai,dalam satu hari saya duduk di kedai antara 8 hingga 10 jam.Setiap satu jam saya melihat sekurang-kurangnya satu pondan lalu depan kedai.Ada kalanya mereka berjalan beramai-ramai dalam satu pasukan yang mengandungi 9 orang.Cuba bayangkan betapa besar mulut orang normal ternganga tengok pondan jalan ramai-ramai.

Pondan ni pula semakin kita dok pandang dia, semakin ligat dia lentok-liuk badan dia.Bukan apa dia suka dan perasan orang suka tengok dia.Apa lagi mulalah dia naik minyak....aaww sana aaww sini sambil jeling-jeling jejaka yang dok perhati dia.Suara dia alahaiiii....lembutnya meloyakan I tau......

Yang tomboi pula setiap hari saya lihat jalan berpasangan dengan teman wanita dia.Pakai macam lelaki,seluar terlondeh macam anak-anak remaja lelaki sekarang.Pakai baju besar nak tutup dada dia.Siap hisap rokok pula tu.Bila jalan terbongkok-bongkok...nak tunjuk sasa tapi takut nampak dada.Apalagi...angkat bahu jalan kengkang.Sebijik macam orang utan di Sepilok,Sandakan.Suara buat-buat parau.Rambut kontot.Alamak....apa nak jadi?

Setiap hari memang saya tak dapat elak ada saja pondan dan tomboi lalu lalang dan singgah kedai saya.Itu yang memang sah pondan dan tomboi.Yang metro sexual tak kira lagi.

Metro Sexual ni lelaki lembut ala-ala pondan tak jadi.Tapi rasa saya kalau hilang kawalan silap-silap haribulan jadi juga kot.Jenis yang ini lagi ramai kita saja tak perasan.Mereka ni suka shopping pergi buat facial macam kebiasaan orang perempuan lah.Tapi dalam lembut-lembut mereka ni ada juga yang perkasa sampai dapat anak lima.

Agak-agak andalah ya...kenapa mereka jadi begini? Adakah salah asuhan atau pemakanan atau ada sebab-sebab lain.Perbualan saya dengan seorang doktor baru-baru ini mengejutkan saya. Walaupun tiada kajian terperinci dibuat namun menurut doktor tersebut makanan kita hari ini dah tak boleh harap.Kenapa?

Macamana nak harap....? Sayur-sayuran buah-buahan semuanya sudah tercemar dengan baja berlebihan dengan racun serangga sampai ulat pun tak nak makan.Sekarang ulat pun dah lebih pandai dari kita.Ayam yang kita makan disuntik dengan hormon untuk mempercepatkan pembesarannya.Jadi kita pun makan hormon tu sama.Itu yang kita nampak budak-budak sekarang yang lelaki nak jadi perempuan yang perempuan nak jadi lelaki.Yang normal pula kena obesiti.Cuba perhati ramai kanak-kanak yang mengalami obesiti.Mana tak nya hari-hari bedal ayam kfc lepas tu minum cola.Pilihan makanan tak seimbang.Jangan hairan kanak-kanak pun dah kena diabetes sekarang.Ibu bapa kena hati-hati dan terapkan pemakanan yang sihat dikalangan anak-anak.Sayur kalau dapat elok tanam sendiri.

Panjang lebar ceramah doktor tadi dan saya pesan anak-anak makan lebih banyak ikan.Tapi sekarang ikan pun kena bom....kita makan serpihan bom la pula....kata anak saya. Haii...dunia dunia...apa dah jadi.Masalah air kita tak sentuh lagi.

Apa-apa pun jagalah kesihatan Minda,Fizikal dan Rohani kita.

Saturday, April 11, 2009

KEAJAIBAN

- Bukan kerana kita berjaya menamatkan perlumbaan........

KEAJAIBAN

-
Ialah keberanian kita untuk memulakannya.


Thursday, April 9, 2009

MINDA

MANUSIA ITU
MAMPU MENGGALI EMAS....JAUH LEBIH BANYAK.....
DARI SUMBER MINDANYA....
....DARIPADA MENGGALINYA DARI PERUT BUMI.

AKULAH MAJIKAN NASIB HIDUPKU.....
AKULAH NAHKODA JIWAKU.

APA SAJA YANG DICANTUMKAN SESEORANG DALAM MINDANYA..... DAN DIYAKININYA DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH...MAKA ORANG ITU PASTI BERHASIL UNTUK MENCAPAINYA.





Monday, March 9, 2009

Kenapa Orang Kita Suka Melatah?

Hi salam semua? Apa khabar? Diharap semua sihat sejahtera.

Melatah....nampaknya telah sebati dengan orang kita.Maksud saya kaum bumiputera.Orang melayu,orang kadazan-dusun,orang bajau di Sabah pandai melatah.Begitu juga dengan kaum bumiputera lain di semenanjung Malaysia maupun di Sarawak.

Kalau di majlis kenduri kahwin atau apa-apa saja keramaian, jangan hairan kalau terlihat seorang makcik terkinja-kinja dengan pelbagai aksi diikuti dengan kata-kata yang melucukan dan tidak kurang juga kata-kata yang agak kurang menyenangkan.Dan jangan hairan bila orang ramai pula asyik mentertawa dan mengusik si makcik yang melatah tadi hingga latahnya menjadi-jadi.

Masa saya kecil-kecil dulu saya selalu melihat makcik-makcik yang suka melatah. Macam-macam aksi macam-macam gaya.Saya sendiri suka mengusik orang yang kuat melatah ini hinggalah pada satu hari dimana terjadi satu hal yang pada anggapan saya sudah keterlaluan. Dan hal itu membuat saya benar-benar taubat dan saya berjanji pada diri sendiri untuk tidak mengusik orang-orang yang suka melatah ini.

Kisahnya begini....waktu itu saya dan beberapa rakan sekampung bergotong-royong membersihkan ladang kepunyaan seorang makcik yang kebetulan kuat melatah.Salah seorang rakan mengusik makcik itu dengan meletakkan sebiji batu besar dihadapan makcik tersebut dan dengan kuat menyergah makcik itu sambil berkata 'makcik,tajamkah parang tu cuba tetak batu ni?'.Makcik yang terkejut disergah rakan tadi dengan pantas mengambil parang yang baru dibelinya dan menetak batu besar itu hingga sumbing mata parangnya.

Tidak cukup dengan batu besar itu,rakan tadi memetik setangkai cilipadi dan melontarkannya kepada makcik yang masih melatah sambil berkata 'makcik,nah gula-gula'.Dalam keadaan melatah makcik itu mengambil cilipadi tersebut dan memakannya satu persatu dan berkata 'hmm gula-gula manisnya....manis'.

Melihat keadaan makcik itu saya merasa simpati.Tapi apa kan daya walaupun saya berusaha menahan makcik tersebut daripada memakan cilipadi yang disangkanya gula-gula itu,usaha saya tidak berhasil kerana beliau seolah-olah telah dirasuk dan tidak sedar apa yang beliau sedang lakukan.

Kenapa agaknya perkara sebegini boleh terjadi? Adakah ini salah satu bentuk penyakit mental? Atau mungkin penyakit saraf? Lebih menghairankan lagi penyakit melatah ini boleh berjangkit. Contohnya seorang yang tidak melatah tetapi suka mengusik orang yang kuat melatah akan turut melatah akhirnya.Hmm....mungkin para doktor diluar sana perlu buat kajian tentang ini.

Tapi kenapa hanya orang kita yang kuat melatah? Setahu saya bangsa lain seperti cina dan india tidak melatah.Begitu juga dengan orang-orang inggeris....saya rasa mereka juga tidak melatah. Pernahkah anda mendengar mat saleh melatah seperti orang melayu ...oh mak aku datuk engkau...(oh my mother your grandfather) ataupun ...oh pocot makan kuda... ( oh Pocot eating horse) ....hmm ... seumur hidup saya tak dengar lagi.

Adakah ini disebabkan pemakanan? Mungkinkah dalam diet kita terdapat kekurangan bahan tertentu menyebabkan mental agak lemah berbanding bangsa lain?.Mungkin disini ada kebenarannya.

Apa-apa pun bagi yang kuat melatah tu cuba-cubalah kawal.Berusahalah untuk kuatkan mental. Pesan dari seorang makcik yang tidak melatah ...banyakkan beristighafar....

Saya rasa pesan makcik tu benar.Sekurang-kurangnya kita tidaklah terus melatah sampai bersidang dibawah pokok.....hmm...@xyz??

Sampai sini saja dulu kali ini.Saya nak ke negeri Pasir Berdengung....nak jumpa dengan menteri pasola yang duduk bersidang bawah pokok pakai topi bomba.....ooopppsss melatahlah pula.

Wednesday, February 11, 2009

DUIT DUIT..... DIMANA KAU DUIT?.....DUIT DUIT

Hi salam semua,

Apa khabar? Sudah agak lama saya tidak menulis diruangan ini.Seperti juga anda semua, saya sibuk dengan tugas harian.Tugas apa ? .....anda mungkin bertanya.Yaa...apa lagi cari duit lah.

Kata orang duit bukan segala-galanya.Malah dulu-dulu orang takut cakap pasal duit, takut nanti kena cap mata duitan.Ada juga kata pepatah mat saleh yang mengatakan bahawa Money is the root of all evils.Hmn....ada-ada saja.Mungkin kerana dulu-dulu orang buat barter trade jadi tidak ada masalah duit.Tapi bila matawang mula diujudkan lahir pula bersama orang-orang tamak yang betul-betul gila duit.

Mak mentua saya pula kata kalau simpan duit terlampau banyak,diatas duit itu nanti akan duduk 1 hantu.Hantu ini pula akan buat kita jadi gila.Hahaha....ini lagi satu persepsi tentang duit yang ada pro dan kontra.Perlu diperhalusi apakah sebenarnya yang di maksudkan dan apa kah pengajaran yang ingin disampaikan.Tapi saya tak boleh bayangkan rupa hantu yang duduk atas duit itu.

Peribahasa orang yang terlibat dalam MLM atau multi-level marketing mengatakan Wang bukan segala-galanya tapi hampir segala-galanya memerlukan wang.Saya sangat setuju.Ada lagi pepatah orang MLM yang mengatakan bukan senang nak hidup senang, dan tak susah kalau nak hidup susah.Ini pun saya setuju.Pokok pangkalnya kita...nak yang senang atau yang susah.

Saya bukan orang MLM tapi saya ada ramai kawan yang terlibat dengan MLM.Bagi saya MLM ni maknanya meniaga larut malam.Apa tidaknya tiap-tiap hari orang MLM ni sembang bisnes dikedai-kedai kopi atau dihotel lepas kerja sampai lewat malam.Maklumlah dia buat kerja part-time.Siang kerja malam dia meniaga lah.Tapi bila kita dok pikiaq baguih juga depa meniaga larut malam ni....at least depa tak buang masa sia-sia.Tapi kena ingatlah meniaga apa...jangan meniaga benda gila-gila dah lah.

Agaknya kenapa orang sanggup kerja keras siang malam buat MLM ni? Dia kata kerja part-time walhal kalau dikira masa yang dia peruntukkan untuk buat bisnes ni hampir 24 jam dah jadi full swing time lak...Kerana apa lagi kalau bukan duit.Kita kerja cari duit kita berniaga pun sebab nak cari duit.Tak ada sebab lain duit duit duit.

Tak salah kita kerja keras cari duit.Yang penting kena cara dan gayanya.Jangan buat benda tak senonoh untuk dapat duit.Pastikan halal haramnya.Kalau jalannya haram,hasilnya pun haram. Kalau jalannya halal maka halallah hasilnya.Dan yang paling penting ada barakah.Halal dan berkat kata orang tua-tua.

Bagi saya bekerja mencari duit ini samada dengan mengambil upah atau makan gaji mahupun berniaga adalah satu jihad.Kerana kita berusaha untuk memperbaiki ekonomi diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.Lagipun banyak kebaikan yang kita perolehi bila kita ada duit. Bukan saja kita dapat memberi kemewahan kepada keluarga tetapi dapat menyumbang kepada masyarakat melalui pembayaran zakat contohnya.Kita juga dapat menghulurkan derma kepada mereka-mereka yang memerlukan.

Jadi pepatah mat saleh yang kata money is the root of all evils itu salah malah saya berpendapat bahawa kefakiran akan membawa kepada kekafiran jika iman didada tak cukup kental.Kenapa saya kata begitu...?

Cuba lihat di sekeliling kita, berapa ramaikah orang tak kira lelaki atau wanita yang terjebak atau terlibat dengan perkara tidak senonoh akibat desakan hidup.Malah ada orang yang sanggup mencuri kerana kelaparan.Bayangkanlah apa akan jadi bila anak-anak membesar dengan hasil curian.Sayugia diingatkan bahawa apa yang kita beri anak-anak kita makan, itulah yang akan membentuk hati mereka.Maka jika mereka diberi makan hasil curian, tak mustahil mereka akan membesar jadi pencuri...naudzubillahi min zalik.....

Kesimpulannya,jangan malu jangan segan...carilah duit sebanyak mana kita mahu asalkan kena cara kena gaya...dan di atas landasan yang betul kerana duit itu sebenarnya adalah..........

D = Doa
U = Usaha
I = Istiqamah
T = Tawakal

Hingga bertemu lagi.....................salaaaaaaammmmmmm.....