Wednesday, February 11, 2009

DUIT DUIT..... DIMANA KAU DUIT?.....DUIT DUIT

Hi salam semua,

Apa khabar? Sudah agak lama saya tidak menulis diruangan ini.Seperti juga anda semua, saya sibuk dengan tugas harian.Tugas apa ? .....anda mungkin bertanya.Yaa...apa lagi cari duit lah.

Kata orang duit bukan segala-galanya.Malah dulu-dulu orang takut cakap pasal duit, takut nanti kena cap mata duitan.Ada juga kata pepatah mat saleh yang mengatakan bahawa Money is the root of all evils.Hmn....ada-ada saja.Mungkin kerana dulu-dulu orang buat barter trade jadi tidak ada masalah duit.Tapi bila matawang mula diujudkan lahir pula bersama orang-orang tamak yang betul-betul gila duit.

Mak mentua saya pula kata kalau simpan duit terlampau banyak,diatas duit itu nanti akan duduk 1 hantu.Hantu ini pula akan buat kita jadi gila.Hahaha....ini lagi satu persepsi tentang duit yang ada pro dan kontra.Perlu diperhalusi apakah sebenarnya yang di maksudkan dan apa kah pengajaran yang ingin disampaikan.Tapi saya tak boleh bayangkan rupa hantu yang duduk atas duit itu.

Peribahasa orang yang terlibat dalam MLM atau multi-level marketing mengatakan Wang bukan segala-galanya tapi hampir segala-galanya memerlukan wang.Saya sangat setuju.Ada lagi pepatah orang MLM yang mengatakan bukan senang nak hidup senang, dan tak susah kalau nak hidup susah.Ini pun saya setuju.Pokok pangkalnya kita...nak yang senang atau yang susah.

Saya bukan orang MLM tapi saya ada ramai kawan yang terlibat dengan MLM.Bagi saya MLM ni maknanya meniaga larut malam.Apa tidaknya tiap-tiap hari orang MLM ni sembang bisnes dikedai-kedai kopi atau dihotel lepas kerja sampai lewat malam.Maklumlah dia buat kerja part-time.Siang kerja malam dia meniaga lah.Tapi bila kita dok pikiaq baguih juga depa meniaga larut malam ni....at least depa tak buang masa sia-sia.Tapi kena ingatlah meniaga apa...jangan meniaga benda gila-gila dah lah.

Agaknya kenapa orang sanggup kerja keras siang malam buat MLM ni? Dia kata kerja part-time walhal kalau dikira masa yang dia peruntukkan untuk buat bisnes ni hampir 24 jam dah jadi full swing time lak...Kerana apa lagi kalau bukan duit.Kita kerja cari duit kita berniaga pun sebab nak cari duit.Tak ada sebab lain duit duit duit.

Tak salah kita kerja keras cari duit.Yang penting kena cara dan gayanya.Jangan buat benda tak senonoh untuk dapat duit.Pastikan halal haramnya.Kalau jalannya haram,hasilnya pun haram. Kalau jalannya halal maka halallah hasilnya.Dan yang paling penting ada barakah.Halal dan berkat kata orang tua-tua.

Bagi saya bekerja mencari duit ini samada dengan mengambil upah atau makan gaji mahupun berniaga adalah satu jihad.Kerana kita berusaha untuk memperbaiki ekonomi diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.Lagipun banyak kebaikan yang kita perolehi bila kita ada duit. Bukan saja kita dapat memberi kemewahan kepada keluarga tetapi dapat menyumbang kepada masyarakat melalui pembayaran zakat contohnya.Kita juga dapat menghulurkan derma kepada mereka-mereka yang memerlukan.

Jadi pepatah mat saleh yang kata money is the root of all evils itu salah malah saya berpendapat bahawa kefakiran akan membawa kepada kekafiran jika iman didada tak cukup kental.Kenapa saya kata begitu...?

Cuba lihat di sekeliling kita, berapa ramaikah orang tak kira lelaki atau wanita yang terjebak atau terlibat dengan perkara tidak senonoh akibat desakan hidup.Malah ada orang yang sanggup mencuri kerana kelaparan.Bayangkanlah apa akan jadi bila anak-anak membesar dengan hasil curian.Sayugia diingatkan bahawa apa yang kita beri anak-anak kita makan, itulah yang akan membentuk hati mereka.Maka jika mereka diberi makan hasil curian, tak mustahil mereka akan membesar jadi pencuri...naudzubillahi min zalik.....

Kesimpulannya,jangan malu jangan segan...carilah duit sebanyak mana kita mahu asalkan kena cara kena gaya...dan di atas landasan yang betul kerana duit itu sebenarnya adalah..........

D = Doa
U = Usaha
I = Istiqamah
T = Tawakal

Hingga bertemu lagi.....................salaaaaaaammmmmmm.....




3 comments:

  1. Ada yang panggil DUIT ada yang panggil BHAT ada yang panggil DOLLAR ada yang panggil RUPIAH - semuanya DUIT - Biar DUIT jadi Hamba kita jangan kita jadi Hamba Duit. Aku sedih tak dapat tolong orang tak da duit.

    ReplyDelete
  2. fuiyooo... hebat tulisan kau arrr. hehehe. bagus bagus$$$$$$$...

    sekarang ni duit pun jadi barang dagangan, boleh jual beli.

    perhatikan, selalunya org yang rasa dia inda lawa akan berkata, rupa paras bukan penting, tapi kesetiaan. sama juga, org yang inda kecukupan duit tapi inda pandai cari duit suka berkata... duit bukan penting, yang penting ikhlas la, baik hati la dan bla bla. nampaknya semua ini macaam satu penyakit sebenarnya, iaitu penyakit escapism. suka buat excusee utk tidak berusaha. heheheh

    ReplyDelete
  3. Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit..
    Jadi saya setuju dengan AragangTandik supaya jangan jadi hamba duit..

    ReplyDelete