Tuesday, November 24, 2009

Harga barang dan perayaan

Setiap kali musim perayaan nampaknya bekalan barangan kawalan pasti kurang.Contohnya gula. Saya yakin sangat kekurangan ini bukanlah disebabkan kekurangan bahan tetapi kerana sengaja disorok oleh pembekal.

Bulan ramadhan yang lalu bekalan gula sangat sukar untuk didapati.Bila berlalu saja hari raya tiba-tiba bekalan gula berlambak.Kalau di bulan ramadhan seorang hanya boleh beli 2kg,selepas raya seorang boleh beli 1 bundle (20kg).Ini menunjukkan bekalan sebenarnya ada cuma disorok supaya harga boleh ditingkatkan.

Hari ini bekalan gula kurang lagi.Mulanya saya tertanya-tanya kenapa? Ohh...iya rupa-rupanya Aidil Adha bakal menjelang tiba.Pembekal dan peniaga sekali lagi mengambil kesempatan dimusim perayaan.

Kerajaan harus memantau aktiviti pengilang dan pembekal gula ini.Jangan dibiarkan mereka bermaharajalela.Pengguna pula kurangkan pengambilan gula.Bukan saja jimat belanja tetapi kesihatan lebih terjamin.