Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijra 1430

Hi,salam semua.

Kita semua tahu yang hari ini tahun baru hijrah 1430 dan di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah.Semoga kita semua beroleh keberkatan rahmat dan hidayah dari Allah swt.Amin.

Kita semua juga tahu bahawa kebiasaannya menjelang tahun baru kita buat azam baru.Kenapa ya? Tahun baru - azam baru.

Hari ini saya nak minta khidmat nasihat la pula,sempena tahun baru ni.Sebabnya saya ni tak tahu kenapa perlu buat azam baru.Lagi satu sebab dan merupakan sebab yang paling utama tapi malu sikit nak cakap tapi terpaksalah juga cakap......ehemm.....saya ni azam lama pun tak tercapai lagi.....huaaaahaha

Jadi tahun ni saya berazam untuk mencapai azam lama yang masih tergantung tu.

Kata orang setiap kali bila tiba tahun baru hijrah kita pun kena hijrah sama.Tapi saya ni masih duk tang tu juga tak hijrah lagi.Ish....liat sungguh.

Tapi bila kata hijrah tu rasa saya lah apa yang di maksudkan itu tak semestinya pindah rumah atau pindah kampung, kan? Betul kah? Saya tak berapa tahu sebab saya ni orang tak tahu tapi nak sangat tahu.

Rasa saya lah bila orang kata hijrah ni kita kena hijrahkan kita punya minda.Jadi hijrah ni tak semestinya setiap satu tahun, tiap-tiap hari kita kena hijrahkan minda atau kata orang sekarang transformasi minda.

Saya dengar seorang ustaz tu kata definisi hijrah itu ialah meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT.Maka hijrah ini kena berlaku setiap hari seperti mana yang ditegaskan oleh Abu Bakar As-Siddiq "kecelakaanlah bagi seseorang yang hari ini sama seperti semalam dan esok sama seperti hari ini".Jadi kita tak boleh pasif kita kena berusaha untuk berubah dan berhijrah dari kebiasaan kita.Itu ustaz yang kata bukan saya kata saya tulis saja.

Tapi kalau nak berubah atau berhijrah tu berhijrahlah kepada yang lebih baik.Jangan pula dulu kita kerja jual pisang goreng dapat hasil sikit rasa tak puas.Nak berhijrah kepada kehidupan yang lebih selesa kita pi buat investment dekat kedai nombor beli ekor.Kalau beli ekor kerbau ka lembu ka buat sup tak apa juga boleh makan satu keluarga.Tapi beli nombor ekor alamat hampa,habuk pun tak ada.Jadi hijrah itu biarlah kena cara.Berhijrah daripada yang tak baik kepada yang baik,daripada yang baik kepada yang lebih baik,daripada yang lebih baik kepada yang terbaik.Macam budak2 AF kata......saya akan buat yang terbaik.

Apa-apa pun kita semua sama2 lah berhijrah.Saya nak hijrahkan minda saya daripada tak tahu kepada tahu...lebih tahu....seterusnya serbatahu.Tapi saya tak mahu lah tumbuh janggut macam Prof Serbatahu tu.Hehehe.

Sampai jumpa lagi SALAM HIJRAH BUAT SEMUA.Wasalam

 


Saturday, December 27, 2008

panahan mata kabur-kabur

Hi salam semua,ini sambungan dari posting mula2 tadi.

Kategori Ketiga - Orang yang tak tahu dan dia tahu bahawa dia tak tahu

Ini kategori orang yang innocent and humble macam saya.Ehemm...puji sikit.Orang dalam kategori ini kalau kena cara dan gayanya boleh jadi lebih hebat drpd prof serbatahu tu.Sebab orang ni dia tak tahu dan dia tahu bahawa dia tak tahu jadi dia ambil tahu supaya dia tahu.Tapi ingat JANGAN AMBIL TAHU APA YANG TAK PATUT KITA TAHU.Lebam bijik mata kang....wuakaka

Kategori keempat - Orang yang tak tahu dan dia tak tahu bahawa dia tak tahu

Ini PARAH.Agaknya orang ni terlalu banyak makan tahu sebab tu dia perasan yang dia tahu walhal dia tak tahu dan dia tak tahu lak yang dia tu tak tahu.Ish ish ish.....kesian.

Anyway,tujuan laman blog ini dicipta adalah untuk menjemput anda semua memberitahu kepada pembaca apa2 yang anda tahu supaya orang2 yang tak tahu tapi nak tahu macam saya boleh tahu.Anda bolehlah berkongsi idea,pendapat,pandangan dan saranan tentang apa saja perkara samada isu2 semasa,ekonomi,sosial atau keagamaan.apa2 je laa....janji bukan cerita politik panas atau cerita yang ala-ala "PANAS" buat orang steam gitu.

Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda sewaktu melancong ke tempat2 menarik mahupun pengalaman semasa menunaikan fardhu haji.Yang penting anda kasi tahu lah apa2 yang anda semua tahu supaya kita sama2 tahu.

Akhir kata saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 yang akan tiba tidak lama lagi.Sama2 lah kita membuat azam baru mencari tahu perkara2 yang kita belum tahu supaya kita jadi serbatahu.Tapi sekali lagi diingatkan AMBIL TAHU APA2 YANG KITA PATUT TAHU SAHAJA.Insya Allah di lain masa kita bincang pula apa yang patut dan tak patut.Wasalam.

Friday, December 26, 2008

panahan mata kabur-kabur

hi,salam kpd yg melawat blog ini dan terima kasih. di awal bicara saya berceloteh tentang beberapa kategori manusia contohnya:-

1. orang yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.
2. orang yang tahu tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu.
3. orang yang tidak tahu tapi dia tahu bahawa dia tidak tahu.
4. orang yang tidak tahu dan dia tak tahu bahawa dia tidak tahu.

Kategori Pertama - Orang yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.

Best betul kalau berada di kategori ini sebab orang ini bolehlah di panggil Professor Serbatahu.Jadi prof serbatahu ni memang hebat,apa kita cakap org percaya org terima malah org puji lagi tapi mesti kena gaya.kalau kita menunjuk-nunjuk mentang2lah kita ni serbatahu org cuak pula.jadi ada kalanya kita kena buat2 tak tahu untuk menyesuaikan dgn keadaan dan tempat.

2.Kategori kedua - Orang yang tahu tapi dia tak tahu bahawa dia tahu.

Ok juga kalau berada dlm kategori ni cuma kadang2 tu agak malang juga.sebab orang ni bnyk potensi diri yg dia tidak gunakan.ada sikit pembaziran kapabiliti la lebih kurang ceritanya.macam orang pandai menyanyi tapi dia malu dan dia kata dia tak pandai nyanyi.padahal kalau dia nyanyi Anuar Zain pasti tabik punya.

3.Kategori ketiga - Orang yang tak tahu dan dia tahu bahawa dia tak tahu




Tuesday, December 23, 2008

sekilas pandang

Dalam dunia ini ada macam-macam orang.Ada orang yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.Itu kategori pertama.Kategori yang kedua pula,orang ini tahu tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu.Yang ketiga,orang ini tidak tahu tapi dia tahu bahawa dia tidak tahu dan dia mahu tahu.Yang keempat pula,orang ini tidak tahu dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu dan dia tak mahu tahu sebab dia rasa dia tahu.Apa pandangan anda, di kategori manakah kita patut berada?

sekilas pandang