Wednesday, August 26, 2009

Bersatu dengan alam

Hi salam semua,

Terlalu lama saya tinggalkan blog ini kerana sibuk dengan tugas harian ditambah pula dengan kebuntuan idea.Hehehe.Maklumlah otak tua saya ini sudah agak lembab.Kalau komputer boleh upgrade tapi badan hemm....kenalah terima hakikat.

Kadang-kadang bila saya buka PC tiba-tiba otak saya hang.....memanjang.Line tak clear la tu.Hahaha.Tetapi semalam bila saya menonton rancangan bual bicara Oprah Winfrey di telivisyen otak saya tersentak.

Oprah banyak menyentuh tentang obesiti dan punca obesiti.Saya juga tergolong dalam kategori gemuk walaupun belum mencapai tahap obesiti.Dan apa yang membuat saya tersentak ialah bila Oprah berkata bahawa hasil kajiannya bersama beberapa orang pakar kesihatan menunjukkan bahawa punca kegemukan atau obesiti ini ialah kita tidak mendapat apa yang sebenarnya kita inginkan dan makanan menjadi penawar kekecewaan itu.

Ini membuat saya berfikir apa sebenarnya yang saya inginkan dalam hidup ini,apakah saya mengalami kemurungan,kekecewaan hingga tanpa disedari saya menjadikan makanan sebagai penawar duka.(Cewahh...sesekali kita gunakan bahasa-bahasa zaman P Ramlee).

Jangan keliru,jika anda mengalami kemurungan tidak bermakna anda gila atau sakit mental atau sakit jiwa.Jika anda mengalami sakit jiwa atau mental sekalipun tidak bermakna anda hina. Anda tetap sama seperti manusia lain cuma sedikit kurang bernasip baik dan anda perlu mendapatkan bantuan dari mereka-mereka yang pakar.Biasanya bila kita mengalami kemurungan kita tidak menyedarinya kerana terlalu sibuk bekerja mencari kesempurnaan.

Tentang diri saya....hmmnn....I live a stressful life to be perfect....sesuatu yang mustahil untuk dicapai.Tidak ada yang sempurna didunia ini kecuali Pekan Sempora di Pantai Timur Sabah hehehe.Kesempurnaan itu milik Allah swt dan kita hamba yang kerdil ini harus akur bahawa kita merancang tapi Allah swt yang menentukan.

Selepas menonton rancang Oprah,saya keluar ke halaman rumah....duduk di taman kecil saya sambil menikmati keindahan bunga dan pepohon hijau yang berkilau-kilauan dipanah cahaya matahari pagi.Suasana terganggu dek ketukan tukul dirumah jiran yang sedang mengubah suai rumahnya.Langsung tidak ada ketenangan.Saya bertanya pada diri "Bilakah waktunya yang saya merasa paling tenang...paling bahagia....?

Saya merasa paling tenang paling lapang paling seronok dan paling bahagia ketika duduk di sebuah taman yang dipenuhi bunga-bungaan dan pepohon nan hijau.Telinga saya paling seronok mendengar lagu kicauan unggas yang berterbangan mencari makan.Hati saya damai melihat lintuk liuk pepohon hijau berkilau dipanah cahaya mentari dihembus angin sepoi bahasa.Paling syahdu terasa bila wajah dibelai hembusan angin pagi yang indah.Hati bergelora melihat riak ikan di tasik yang tenang.

Saya tahu sekarang....saya tidak perlu kemana-mana untuk mencari ketenangan.Tidak perlu makan banyak-banyak untuk ketenangan sementara.Saya hanya perlu bersatu dengan alam kerana disitulah jiwa saya.