Wednesday, May 19, 2010

Amaran kepada kaum Adam

Saya dikejutkan dengan cerita dari seorang teman.Ceritanya begini.....

Seorang Ustaz ditugaskan diluar kawasan (Outstation) selama seminggu.Beliau diminta bertugas di Beaufort,Sabah.Oleh kerana isteri dan anak-anak beliau berada di Kota Kinabalu maka si Ustaz yang baik hati itu berulang-alik memandu keretanya setiap hari Kota Kinabalu-Beaufort-Kota Kinabalu.Penat dan keletihan agaknya selepas tiga hari memandu berulang-alik,satu malam si Ustaz tadi hampir kemalangan kerana tertidur ketika memandu.Si isteri yang penyayang menyarankan kepada si Ustaz supaya bermalam saja di Beaufort sehingga selesai kerja-kerja yang ditugaskan.

Demi keselamatan maka si Ustaz bersetuju dengan cadangan isterinya dan memilih untuk menginap di sebuah hotel di Beaufort.Kebetulan berhampiran hotel tersebut terdapat sebuah kedai makan.

Malam pertama di Beaufort....si Ustaz makan di kedai berhampiran hotel penginapan beliau.Makan bersendirian si Ustaz jadi perhatian.Lebih-lebih lagi si Ustaz adalah 'orang baru' yang segak dan kacak.Selesai makan si Ustaz naik kebilik penginapan dan tidak turun lagi sehingga pagi.

Malam kedua di Beaufort....si Ustaz tetap dengan rutin yang sama - makan di kedai berhampiran hotel penginapannya bersendirian.Cuma kali ini si Ustaz perasan sesuatu yang agak 'lain'.Dua orang pelayan perempuan yang bekerja di kedai makan tersebut terlebih 'mesra pelanggan'.

Malam ketiga di Beaufort....si Ustaz tukar angin.Dia tidak singgah makan tetapi terus naik kebilik.Tiba-tiba jam 11 malam si Ustaz terasa lapar.Beliau turun makan dan mendapat layanan mesra bukan saja dari pelayan tetapi juga dari tauke kedai (lelaki).Si Ustaz berbual ramah dengan tauke kedai tersebut yang antara lain bertanya......dari mana? tinggal dimana? ....ooo hotel tu.... saya dulu pun pernah menginap disitu.... bilik saya no....".Tanpa mengesyaki apa-apa si Ustaz pula menjawap dengan ramah "...saya menginap di bilik no....".Selesai makan si Ustaz naik semula ke bilik penginapan.

"Ting Tong" loceng bilik dibunyikan.Jam menunjukkan waktu 1 pagi.Si Ustaz bingkas bangun dan melihat diluar pintu tercegat berdiri dua orang pelayan perempuan yang bekerja dikedai makan berhampiran hotel.Dalam keadaan mamai si Ustaz tertanya-tanya ...agaknya aku ada tertinggal barang dekat kedai makan tadi....lalu si Ustaz membuka pintu."Ada apa?"

"Pakcik....sebenarnya kami ni ada masalah nak bincang dengan pakcik....bla...bla...bla....".
Si Ustaz yang memang tugasnya membantu orang tak kira masa dan ketika berusaha membantu namun buntu kerana tidak memahami apa sebenarnya yang dikehendaki dua budak perempuan tadi kerana mereka bercakap berbelit-belit dan hanya cakap kosong.Sehingga jam 2 pagi dua remaja itu masih tidak berganjak sementara si Ustaz pula berusaha untuk faham sambil menahan pintu supaya terus terbuka.Tiba-tiba dua remaja tadi terus masuk dan duduk diatas katil.Mereka tidak menghiraukan nasihat Ustaz yang menyuruh mereka balik.....

"Pakcik...,pakcik kan orang beriman.Pakcik izinkanlah kami tidur disini.Katil kan ada dua.Pakcik tidurlah dikatil sebelah sana kami tidur disini,pakcik jangan kacau kami ya".
Kata mereka sambil berselimut.Berkali-kali si Ustaz menasihati namun tidak diendahkan malah mereka menjawap " tidak mau...pakcik mesti tolong kami sebab kami tiada tempat untuk pulang.kereta yang kami sewa sudah jalan...".Geram melihat gelagat dua remaja tadi si Ustaz mencapai gagang telefon cuba memanggil sekuriti namun dengan pantas ditarik oleh salah seorang remaja perempuan yang dirasuk syaitan itu manakala yang seorang lagi menutup suis lampu.Salah seorang remaja itu memeluk dan meraba si Ustaz dalam kegelapan.Marah dengan perbuatan remaja tadi si Ustaz menyiku dan bergerak ke pintu.Sebaik pintu terbuka si Ustaz terkejut lagi melihat seorang pekerja hotel tercegat depan pintu.

"Maaf pakcik.Saya nampak butang telefon bilik pakcik merah menyala.Saya ingat ada kecemasan sebab itu saya datang manalah tau pakcik perlu bantuan".Kata telefonis tadi.Terkejut dan lega dengan kehadiran telefonis tadi si Ustaz berkata "...memang saya perlukan bantuan,tolong panggilkan sekuriti dan tangkap dua budak perempuan ini sekarang". Dua remaja tadi bingkas bangun dan keluar dari bilik tersebut sambil berkata "Pakcik jahat...nda apalah pakcik nda mau tolong kami...bye".

Setelah dua remaja itu pergi si Ustaz mendesak pekerja hotel menyediakan bilik lain kerana dia tidak mahu lagi tidur dibilik tadi.Beliau dipindahkan kebilik bersebelahan.Namun masih trauma dengan kejadian tadi si Ustaz tak boleh tidur lalu melihat-lihat keluar tingkap.Beliau terpandang sebuah kereta yang agak mencurigakan.Kereta itu dipandu masuk kepekarangan hotel dengan perlahan manakala lampu kereta awal-awal lagi dipadam.Setelah diparkir keluar dua orang pemuda bertubuh sasa lalu naik keatas dan mengetuk pintu bilik tempat si Ustaz mula-mula menginap.

Mengintai dari celahan pintu si Ustaz memerhati gelagat dua pemuda yang berlegar-legar dihadapan pintu bilik bekas penginapan si Ustaz malang.Mujurlah si Ustaz telah pindah jika tidak entah apalah agaknya yang akan terjadi.

Menurut keterangan polis terdapat sindiket pelacuran yang mengguna cara ini untuk memerangkap kaum adam.Kumpulan sasar adalah orang-orang dari luar terutama Brunei DS.Dua orang pemuda yang datang berkereta adalah bouncer atau kaki pukul merangkap bapa ayam.Sindiket ini bukan saja beroperasi di Beaufort tetapi juga ditempat-tempat lain.

Syukur dan syahdu....airmata si Ustaz berlinangan....syukur kerana terhindar dari fitnah dunia. Kepada kaum adam berhati-hati bila bersendirian di luar kawasan.

No comments:

Post a Comment