Hidup ini ibarat roda.Ada kalanya kita berada diatas dan ada kalanya kita berada dibawah. Ada kalanya kita gembira dan ada kalanya kita sedih dan berduka.
Aidil fitri yang lalu saya sambut sederhana.Terasa kurang meriahnya.Hati diselubungi duka. Namun cuba disembunyikan agar tidak mengganggu keceriaan anak-anak.
Berbagai berita sedih di terima.Seorang demi seorang rakan rapat meninggal dunia sepanjang syawal.Pada minggu pertama rakan rapat yang sudah lama menderita penyakit buah pinggang meninggal dunia.Jika di fikirkan penderitaan yang beliau tanggung selama ini terasa seolah-olah pemergian ini lebih baik.Tetapi jauh di sudut hati kesedihan tetap terasa.
Minggu kedua seorang lagi rakan pergi selamanya.Juga kerana penyakit yang sama.Bezanya rakan yang seorang ini langsung tidak menunjukkan bahawa beliau sakit.Apa yang dideritai langsung tidak beliau layan.Cara beliau menangani masalah amat berbeza.Beliau buat selamba seolah-olah tidak menghidap sebarang penyakit.Tiba-tiba saja saya mendapat panggilan telefon mengatakan beliau sudah tiada.
Lebih mengharukan beliau pergi disaat anak keduanya sedang menduduki peperiksaan PMR. Mujurlah anaknya tabah dan tenang.Pagi jumaat ketika jenazah dikebumikan si anak duduk menghadapi peperiksaan di Kota Kinabalu dan bergegas ke tanah perkuburan di Kota Belud sebaik saja selesai.Hanya Allah swt yang tahu bagaimana perasaan si anak.
Beginilah hidup.Kita merancang Allah menentukan.Mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat keatas roh rakan-rakan saya yang telah pergi dan semoga anak-anak yang ditinggalkan akan terus tabah menghadapi hari-hari mendatang.
LIRIK LAGU IMPIAN KU GENGGAM
1 year ago
No comments:
Post a Comment